Kandungan Perjanjian Lisbon

Antara ciri-ciri utama Perjanjian Eropah ialah sebuah Piagam Hak Asasi Kesatuan Eropah, jawatan Dasar Luar Negeri yang disatukan, pembesaran bidang tugas Parlimen Eropah, proses pengundian yang lebih berasaskan majoriti, kewujudan sebuah jawatan Presiden Majlis Eropah serta entiti undang-undang yang satu.

Nama dan unsur-unsur perlembagaan

"Perjanjian menubuhkan Komuniti Eropah" (Perjanjian Rom) akan dinamakan semula "Perjanjian Fungsi Kesatuan Eropah". Perjanjian-perjanjian Kesatuan Eropah tidak akan disatukan kepada satu dokumen.

European Council (bukan Majlis Eropah, iaitu Council of Europe) serta Bank Pusat Eropah akan dijadikan institusi rasmi EU; Majlis Kesatuan Eropah akan dikenali sebagai "Majlis Menteri-menteri", Mahkamah Keadilan Komuniti-komuniti Eropah akan dikenali sebagai "Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah", dan "Suruhanjaya Eropah" akan digunakan dalam Perlembagaan dan bukannya Suruhanjaya Komuniti-komuniti Eropah.[1]

Ciri-ciri kenegaraan seperti istilah "perlembagaan", serta simbol-simbol Eropah seperti bendera, lagu dan moto tidak akan dimasukkan dalam Perjanjian.

Piagam Hak Asasi

Piagam Hak Asasi Kesatuan Eropah mengandungi 54 perkara yang menjamin hak politik, sosial dan ekonomi rakyat. Piagam ini menjamin peraturan dan tindakan EU tidak bercanggah dengan Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah. Dalam Perlembagaan Eropah yang ditolak, perkara-perkara Piagam dimasukkan ke dalam dokumen Perlembagaan dan wajib diikut oleh setiap negara ahli. United Kingdom, yang mempunyai sistem common law serta tidak mempunyai perlembagaan bertulis menentang usul ini. Jerman pula mencadangkan Piagam ini diterangkan dalam satu perkara dan wajib diikut.[2] Perkara 6 dalam Perjanjian Pembaharuan mempertingkatkan Piagam Hak Asasi kepada taraf yang sama seperti perjanjian-perjanjian EU yang lain.

Hubungan luar

Menurut Perjanjian Lisbon, dasar Hubunga Luar memerlukan persetujuan daripada semua negara ahli. Jawatan Wakil Tinggi Dasar Luar dan Keselamatan Bersama dan Pesuruhjaya Hubungan Luar dan Dasar Kejiranan Eropah akan disatukan. Jawatan baru ini juga akan dijadikan Naib Presiden Suruhanjaya Eropah dan mendapar kor diplomatik. Dalam Perjanjian Pembaharuan, jawatan ini dinamakan "Wakil Tinggi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Kesatuan".

Parlimen Eropah dan Parlimen Negara-negara

Bidang kuasa Parlimen Eropah yang dipilih terus oleh rakyat akan diperluas. Kini, kebanyakan dasar perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya dua institusi utama EU. Selepas Perjanjian Pembaharuan disahkan, prosedur ini akan digunakan untuk hampir semua keputusan yang diambil. Parlimen Eropah juga lebih berpengaruh dalam menentukan belanjawan EU, dan bukan sahaja dalam perkawa bukan wajib.

Parlimen negara ahli juga akan lebih berkuasa dalam menerima pemohonan menjadi ahli EU oleh negara-negara lain. Parlimen negara ahli juga akan diberi kuasa memveto keputusan meningkatkan kerjasama dalam perkara sivil.

Pengundian dalam Majlis

Perjanjian Pembaharuan akan memperkenalkan prosedur pengundian baru dalam Majlis Kesatuan Eropah yang tidak memerlukan keputusan sebulat suara. Dalam Perjanjian, "Majoriti Layak" dicapai apabila majoriti negara ahli (55%) yang mewakili majoriti jumlah rakyat (65%) mengundi "setuju". Apabila Majlis bukan mengundi cadangan Suruhanjaya, majoriti negara ahli yang diperlukan ditambah kepada 72% manakala majoriti rakyat adalah sama. Untuk menolak cadangan, sekurang-kurangnya empat negara mesti membantah.

Presiden

Jawatan "Presiden European Council" akan diwujudkan. Beliau akan dipilih untuk tempoh dua tahun setengah. Pelantikan dan pelucutan jawatan Presiden dilakukan oleh European Council melalui "majoriti layak". Persetujuan Parlimen Eropah tidak diperlukan.

Tugas Presiden adalah untuk menyelaraskan kerja European Council dan menganjurkan mesyuarat. Beliau perlu menyediakan laporan mesyuarat European Council kepada Parlimen Eropah.

Perubahan iklim dan Dasar Tenaga

Beberapa persetujuan mengenai perubahan iklim serta dasar menyelesaikan pemanasan global terkandung dalam Perjanjian Pembaharuan. Beberapa perkara dalam perjanjian lama juga dipinda bagi mencapai perpaduan dalam perkara bekalan tenaga serta dasar tenaga EU.

Rujukan

WikiPedia: Perjanjian Lisbon http://www.beg.ch/ec-charts/pdf/WC_ECcharts-02a-Re... http://www.euractiv.com/en/future-eu/eu-search-new... http://europa.eu/lisbon_treaty/index_en.htm http://www.consilium.europa.eu/cms3_fo/showPage.as... http://www.consilium.europa.eu/cms3_fo/showPage.as... http://www.consilium.europa.eu/uedocs/cmsUpload/cg... http://www.iee-ulb.eu/research/publications/ http://www.europedia.moussis.eu/books/Book_2/ http://www.reformvertrag2007.eu http://eubusiness.nidelven-it.no/news_live/1182427...